Majlis Konvokesyen Universiti Malaya 2010

Bersama Isteri selepas keluar dari DTC

Rakan sebilik semasa di Rumah Omar iaitu Ridzuan dan isteri

Sahabatku Daniel yang tidak lokek memberikan bantuan sepanjang berada di UM

Posted in Gambar | Leave a comment

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Marilah kita membuat persiapan jiwa untuk menghadapi Ramadhan


Posted in Ucapan | Leave a comment

Selamat Berkonvo

Minggu ini beberapa orang teman-teman saya akan melalui detik-detik bersejarah dalam hidup mereka. Ada yang menerima Master iaitu saudara Hafizan@Mat Jang dan teman-teman yang lain menerima ijazah sarjana muda. Salah seorang penerima ijazah tersebut termasuklah teman hidup saya iaitu isteri saya sendiri yang akan turut berkonvokesyen menerima Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam di Universiti Malaya sabtu ini.

Konvokesyen bukan bermakna seseorang itu telah tamat proses menuntut ilmu, tetapi konvokesyen ini bermakna bermulanya sebuah sebuah kisah kehidupan yang baru. Bagi golongan yang mendapat ijazah sarjana muda pengajian islam, inilah “lesen” rasmi bagi mereka memimpin ummah.

Memegang ijazah bukan bermakna hanya untuk mendapat habuan yang banyak di dalam bidang pekerjaan, tetapi perlulah dilihat sebagai bertambahnya tanggungjawab untuk memimpin masyarakat yang dahagakan bimbingan.

Selamat Berkonvo Kepada Semua!

Posted in Cetusan | Leave a comment

Hijrah Untuk Berubah

Kursus Pertama Bersama Teman UUM         

          Kali ini entah kali ke berapa url blog saya bertukar.Bermula daripada era syababmuslim.blogspot, berubah ke faisalkini.blogspot. Selepas itu bermula era faisalmustaffa.com dan bertukar kepada faisalmustaffa.wordpress.com.  Entah berapa lama ianya bertahan saya pun tidak tahu kerana kini saya berhijrah ke blog baru ini. Hijrah untuk berubah!

            Hendak dikatakan suka-suka tidak juga. Bukan sengaja menukar sesuatu yang sudah sebati dengan diri, tetapi dilakukan atas dasar keperluan. Suka atau tidak suka, saya perlu lakukannya juga. Teringat saya kepada ungkapan yang sering disebut semasa saya berprogram samaada bersama Ust Hashim atau Ust Pahrol.

“Orang berjaya akan buat apa yang dia perlu walaupun dia tak suka. Orang gagal dia buat apa yang dia suka walaupun dia tak perlu”

            Pertanyaan Ust Pahrol berkenaan blog saya baru-baru ini membuatkan saya mengambil tindakan untuk menukar laman blog baru. Ini kerana blog yang saya gunakan sebelum ini perlu di”terminate”kan buat sementara waktu disebabkan perkara-perkara tertentu.

            Walaupun saya mengakui sejak akhir-akhir ini waktu untuk saya menulis cukup terhad. Perlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan baru di utara tanah air. Bukan mudah untuk menyesuaikan diri dengan suasana kerja baru, tambahan pula dalam keadaan sudah berumah tangga. Di tambah lagi dengan “kerja” yang dicari iaitu dengan menyambung pengajian diperingkat Sarjana Sains Kaunseling di Universiti Utara Malaysia.

            Suka ataupun tidak, inilah jalan yang saya pilih. Seringkali isteri merungut kerana saya seringkali menghabiskan masa untuk semua ini. Bahkan kadang-kadang masa hujung minggu juga saya tiada di rumah. Bukan sengaja, tetapi itulah rutin kehidupan baru.

            “Al-Wajibat Aksaru Minal Awqat”. Pesan Imam Hassan Al Banna. Kewajipan ataupun tanggungjawab kita lebih banyak daripada waktu yang kita ada.

            Waktu 24 jam yang di anugerahkan oleh Allah SWT adalah sama kepada semua manusia. Setiap waktu yang diberikan ini perlulah diisi dengan sebaik mungkin. Ini kerana setiap saat waktu yang dianugerahkan ini akan disoal oleh Allah diakhirat kelak. Kerana setiap waktu ini adalah untuk kita beribadah pada Allah. Samaada ibadah Khusus, Sunat atau Umum.

            Mudah-mudahan waktu yang mendatang akan diberi keberkatan oleh Allah SWT. Manusia yang diberikan keberkatan waktu dalam kehidupannya,walaupun umurnya pendek tetapi banyak manfaatnya. Manakala orang yang tidak diberkati umurnya, walaupun umurnya panjang tetapi digelumangi dengan noda dan dosa sehingga akhir hayatnya.

Posted in Cetursan | Tagged , | Leave a comment